Google

Thursday, January 11, 2007

Erectile Dysfunction - Pemerhatian dan Diagnosis Part 2

Ujian-ujian lain yang lebih terperinci:

Ultrasonography
Ujian ini dapat menentukan sama ada peredaran darah arteri dalam alat kelamin anda mencukupi. Utrasonography terdiri daripada sejenis alat seperti batang kayu yang dipanggil transducer, yang diletakkan di atas pembuluh darah yang membekalkan darah kepada penis anda. Transducer akan mengeluarkan bunyi gelombang yang melalui tisu badan dan akan memantul semula. Ini akan menghasilkan imej yang membolehkan doktor anda memastikan sama ada aliran darah anda terganggu. Ujian ini selalunya dilakukan sebelum dan selepas suntikan ubat untuk memastikan sama ada aliran darah semakin baik.

Neurologic evaluation.
Doktor anda akan mengenalpasti sama ada terdapat kerosakan saraf dengan menjalankan ujikaji fizikal untuk menguji deria rasa sentuhan yang biasa dibahagian alat kelamin.

Cavernosometry dan cavernosography.
Cavernosometry adalah ujian yang mengukur tekanan vascular penis anda. Cavernosography melibatkan suntikan pewarna kedalam pembuluh darah untuk membolehkan doktor melihat sebarang keadaan tidak normal aliran darah kedalam dan keluar dari penis.

No comments: