Google

Monday, January 8, 2007

Erectile Dysfunction - Bila perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor?

Perkara normal sekiranya anda mengalami erectile dysfunction sekali sekala. Tetapi, sekiranya erectile dysfunction berlanjutan selama 2 bulan atau lebih, ataupun erectile dysfunction sering terjadi, anda perlu berjumpa dgn doktor untuk pemeriksaan fizikal ataupun berjumpa dengan pakar sakit tuan. Doktor anda akan dapat mengesan sebab-sebab erectile dysfunction dan juga mencari jalan penyelesaian untuk anda.

Walau bagaimanapun sangat penting untuk anda mendapatkan rawatan, walau pun anda mungkin rasa masalah ini adalah masalah peribadi dan mungkin memalukan anda. Erectile dysfunction boleh dirawat. Sekiranya rawatan atau terapi yang dijalankan tidak mendatangkan hasil yang memuaskan, jumpa doktor anda untuk rawatan selanjutnya. Jangan campur adukkan ubat atau terapi tanpa pengawasan doktor dan juga jangan mengambil lebih ubatan.

No comments: