Google

Thursday, January 18, 2007

Erectile Dysfunction - Rawatan Part 1

Terdapat banyak pilihan untuk merawat erectile dysfunction. Rawatan boleh terdiri dari ubat, alat mekanikal sehinggalah kepada pembedahan dan rawatan kaunseling. Penyebab erectile dysfunction dan tahapnya sangat penting untuk menentukan rawatan terbaik atau menentukan gabungan rawatan-rawatan untuk anda. Anda dan juga doktor perlu mementukan berapa bajet anda dan juga rawatan yang anda rasa lebih sesuai untuk anda dan pasangan. Sekiranya erectile dysfunction terjadi disebabkan rawatan untuk penyakit lain, terdapat kebarangkalian kos rawatan anda dilindungi insurans.

  1. Rawatan Oral.
  2. Sildenafil (Viagra)
  3. Tadalafil (Cialis)
  4. Vardenafil (Levitra)

Monday, January 15, 2007

Erectile Dysfunction - Pemerhatian dan Diagnosis Part 3

Sekiranya doktor anda merasakan yang masalah erectile dysfunction anda disebabkan oleh perkara tidak-fizikal, doktor anda akan bertanya sama ada anda mengalami erection semasa masturbate bersama pasangan anda atau semasa anda tidur. Kebanyakan lelaki mengalami banyak ketegangan penis tanpa menyedarinya semasa tidur. Satu ujian mudah yang melibatkan sejenis pita perforate dibalut sekeliling penis anda sebelum anda tidur. Sekiranya pita tersebut terpisah bila anda bangun, bermakna penis anda tegang semasa anda tidur. Ujian ini memastikan bahawa masalah erectile dysfunction anda bukan disebabkan keadaan tidak normal fizikal anda, tetapi disebabkan keadaan psikologi anda.

Thursday, January 11, 2007

Erectile Dysfunction - Pemerhatian dan Diagnosis Part 2

Ujian-ujian lain yang lebih terperinci:

Ultrasonography
Ujian ini dapat menentukan sama ada peredaran darah arteri dalam alat kelamin anda mencukupi. Utrasonography terdiri daripada sejenis alat seperti batang kayu yang dipanggil transducer, yang diletakkan di atas pembuluh darah yang membekalkan darah kepada penis anda. Transducer akan mengeluarkan bunyi gelombang yang melalui tisu badan dan akan memantul semula. Ini akan menghasilkan imej yang membolehkan doktor anda memastikan sama ada aliran darah anda terganggu. Ujian ini selalunya dilakukan sebelum dan selepas suntikan ubat untuk memastikan sama ada aliran darah semakin baik.

Neurologic evaluation.
Doktor anda akan mengenalpasti sama ada terdapat kerosakan saraf dengan menjalankan ujikaji fizikal untuk menguji deria rasa sentuhan yang biasa dibahagian alat kelamin.

Cavernosometry dan cavernosography.
Cavernosometry adalah ujian yang mengukur tekanan vascular penis anda. Cavernosography melibatkan suntikan pewarna kedalam pembuluh darah untuk membolehkan doktor melihat sebarang keadaan tidak normal aliran darah kedalam dan keluar dari penis.

Wednesday, January 10, 2007

Erectile Dysfunction - Pemerhatian dan Diagnosis Part 1

Doktor anda akan bertanya bila dan bagaimana erectile dysfunction mula terjadi, ubat-ubatan yang mungkin anda ambil ketika itu atau lain-lain keadaan fizikal yang anda mungkin alami. Doktor anda juga akan berbincang mengenai sebarang perubahan fizikal dan emosi yang anda alami.

Sekiranya doktor anda mengesyaki terdapat sebab-sebab fizikal anda mengalami erectile dysfunction, doktor anda akan menjalankan ujian darah untuk memastikan tahap hormon anda dan juga sebarang kemungkinan wujudnya kesihatan yang lain seperti diabetes. Doktor anda juga mungkin ingin cuba mengganti atau mengenepikan terus sesetengah ubat yang anda ambil pada satu-satu masa, untuk melihat sama ada, ada dari ubat tersebut yang bertanggungjawab menyebabkan anda mengalami erectile dysfunction.

Monday, January 8, 2007

Erectile Dysfunction - Bila perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor?

Perkara normal sekiranya anda mengalami erectile dysfunction sekali sekala. Tetapi, sekiranya erectile dysfunction berlanjutan selama 2 bulan atau lebih, ataupun erectile dysfunction sering terjadi, anda perlu berjumpa dgn doktor untuk pemeriksaan fizikal ataupun berjumpa dengan pakar sakit tuan. Doktor anda akan dapat mengesan sebab-sebab erectile dysfunction dan juga mencari jalan penyelesaian untuk anda.

Walau bagaimanapun sangat penting untuk anda mendapatkan rawatan, walau pun anda mungkin rasa masalah ini adalah masalah peribadi dan mungkin memalukan anda. Erectile dysfunction boleh dirawat. Sekiranya rawatan atau terapi yang dijalankan tidak mendatangkan hasil yang memuaskan, jumpa doktor anda untuk rawatan selanjutnya. Jangan campur adukkan ubat atau terapi tanpa pengawasan doktor dan juga jangan mengambil lebih ubatan.

Erectile Dysfunction - Faktor Risiko Part 2

Perubatan.
Terdapat banyak jenis ubat termasuk antidepressant, anthihistamines dan ubat untuk merawat darah tinggi, kesakitan atau kanser prostat boleh menyebabkan erectile dysfunction dengan mengganggu isyarat saraf atau aliran darah ke penis. Ubat penenang (tranquilizer) dan ubat tidur juga boleh menyebabkan masalah yang sama.

Menyalahgunakan alkohol atau dadah.
Penggunaan alkohol, marijuana atau dadah jenis lain seringkali menyebabkan erectile dysfunction atau mengurangkan dorongan seksual anda. Penggunaan tembakau yang berlebihan juga boleh merosakkan arteri penis anda.

Stres, kerisauan atau kemurungan.
Keadaan psikologi juga boleh menyumbang kepada sesetengah kes erectile dysfunction.

Saturday, January 6, 2007

Erectile Dysfunction - Faktor Risiko Part 1

Faktor Risiko

Terdapat banyak risiko fizikal dan psikologi yang menyumbang kepada terjadinya erectile dysfunction:

Penyakit fizikal.
Penyakit kronik seperti penyakit paru=paru, hati, buah pinggang, jantung, saraf, arteri atau vena boleh menyebabkan kemandulan. Ketidahstabilan sistem endocrine juga boleh menyebabkan kemandulan terutamanya diabetes. Pengumpulan deposit (plaques) di dalam arteri (artherosclerosis) juga boleh menghalang aliran darah yang mencukupi kepada penis. Untuk sesetengah lelaki, erectile dysfunction mungkin disebabkan oleh kekurangan hormon testosterone (male hypogonadism).

Pembedahan atau trauma
Kerosakan pada saraf yang mengawal ketegangan penis boleh menyebabkan erectile dysfunction. Ia mungkin terjadi disebabkan oleh kecederaan di kawasan pelvik atau saraf tunjang. Pembedahan untuk merawat pundi kencing, rektal atau kanser prostat boleh menyebabkan erectile dysfunction. Menunggan basikal untuk jangka masa panjang juga boleh menyebabkan anda erectile dysfunction sementara.