Google

Monday, December 25, 2006

Erectile Dysfunction - Penyebab Part 1

Penyebab erectile dysfunction

Sebelum kita membicangkan mengenai penyebab erectile dysfunction, mari kita kenali keadaan fizikal penis itu sendiri.
Penis mempunyai dua struktur berbentuk silinder dan menyerupai span yang melalui keseluruhan penis. Struktur ini selari dengan tiub yang membawa semen dan urin (urethra). Apabila lelaki berada dalam keadaan teruja, deria rasa menyebabkan aliran darah kedalam kedua-dua silinder ini meningkat sebanyak 7 kali ganda dari normal. Aliran darah yang mengejut ini menyebabkan struktur seperti span ini mengembang dan menghasilkan penis yang tegang dengan meluruskan dan mengeraskan penis. Kadar aliran darah yang tinggi ini dapat dikekalkan dengan rangsangan yang berterusan keatas penis, dengan kata lain ketegangan penis dikekalkan. Selepas penis melakukan pancutan, ataupun rangsangan ke atas penis terhenti, aliran darah yang berlebihan keluar dari struktur silinder tersebut, dan penis kembali ke bentuk asal ketika ia tidak menegang.

1 comment:

sam said...

Isteri saya pernah keguguran sebanyak dua kali dan terakhir pada April 2006. Saya aktif bersukan (badminton). Selepas pemeriksaan doktor, kami dikatakan tiada masalah dan keguguran diklasifikasikan "unknown". Tetapi jika ada pendapat mungkinkah keaktifan saya dalam permainan badminton ini akan memberi kesan pada potensi kami mendapat zuriat.Jika ada cadangan lain dan khidmat nasihat. Kami telah berkahwin selama Enam Tahun.