Google

Saturday, December 23, 2006

Erectile Dysfunction - Intro

Erectile Dysfunction (ED) memberi kesan kepada kebanyakan lelaki pertengahan umur dan pasangan mereka. Istilah Erectile Dysfunction selalunya digunakan untuk ketidakbolehan penis untuk mencapai ketegangan yang cukup untuk aktiviti seksual yang memuaskan. Oops, ngeri kan...

Walaupun ED yang sebelum ini lebih dikenali sebagai impotensi, lebih banyak dialami oleh lelaki berumur 65 tahun ke atas, sekarang ini, ia boleh terjadi pada semua peringkat umur. Walau bagaimanapun erectile dysfunction yang terjadi untuk jaga masa singkat adalah normal, dan dialami oleh kebanyakan lelaki.

Adalah normal juga untuk mengalami perubahan dalan fungsi erectile semakin umur lelaki meningkat. jadi, para lelaki sekalian, semakin umur meningkat, semakin penting untuk anda menjaga kesihatan diri, that's it, if your performance is important to you :)

Antara perubahan yang dialami semasa umur semakin meningkat ialah :
1. Penis mengambil masa lebih masa untuk tegang
2. Penis tidak setegang seperti semasa muda
3. Penis mungkin memerlukan lebih rangsangan terus untuk menegang
4. Semakin umur meningkat, lelaki mungkin mengalami orgasme yg tidak sekuat dulu
5. Juga jumlah pancutan berkurangan semasa orgamse.
6. Mengambil masa yg lebih lama untuk kembali menegang setelah mengalami orgasme.

Walau bagaimanapun, sekiranya erectile dysfunction terjadi lebih kerap dan menunjukkan sebarang paten, ia bukan sahaja boleh menganggu imej diri lelaki tersebut, malah menganggu kehidupan seksual lelaki tersebut dan pasangannya.
Dalam sesetengah keadaan erectile dysfunction adalah tanda-tanda lelaki tersebut mengalami masalah fizikal atau emosional yang memerlukan rawatan.

Pada satu ketika, erectile dysfunction merupakan satu topik sensitif yang tidak dibincangkan, tetapi lebih ramai lelaki yang mencari bantuan perubatan. Doktor juga lebih memahami masalah-masalah yang menyebabkan erectile dysfunction dan mencari cara baru untuk merewat masalah ini.

Read on guys, more to come on this topic...


No comments: