Google

Thursday, December 28, 2006

Erectile Dysfunction - Penyebab Part 5

Penyebab Fizikal
Penyebab fizikal menyebabkan banyak masalah erectile dysfunction, antaranya:
  1. Kerosakan deria rasa daripada penyakit diabetes yang berlanjutan lama (diabetic neuropathy).
  2. Keadaan kardiovaskular yang tidak teratur memberi kesan kepada bekalan darah ke pelvis.
  3. Pengambilan ubat.
  4. Pembedahan untuk kanser prostat.
  5. Kecederakan saraf tulang belakang (spinal cord)
  6. Sklerosis pelbagai (multiple sclerosis).
  7. Hormon yang tidak stabil.
  8. Alkohol dan juga penyalahgunaan dadah.

Dalam sesetengah keadaan erectile dysfunction merupakan tanda-tanda adanya masalah kesihatan.
Selalunya masalah fizikal dan bukan-fizikal dalam erectile dysfunction adalah berkaitan antara astu sama lain. Contohnya, masalah fizikal kecil yang mengurangkan tindakbalas seksual mungkin mengakibatkan kerisauan pada lelaki. Kerisauan ini mengakibatkan masalah erectile dysfunction bertambah.

Erectile Dysfunction - Penyebab Part 4

Penyebab Fizikal
Penyebab fizikal menyebabkan banyak masalah erectile dysfunction, antaranya:
  1. Kerosakan deria rasa daripada penyakit diabetes yang berlanjutan lama (diabetic neuropathy).
  2. Keadaan kardiovaskular yang tidak teratur memberi kesan kepada bekalan darah ke pelvis.
  3. Pengambilan ubat.
  4. Pembedahan untuk kanser prostat.
  5. Kecederakan saraf tulang belakang (spinal cord)
  6. Sklerosis pelbagai (multiple sclerosis).
  7. Hormon yang tidak stabil.
  8. Alkohol dan juga penyalahgunaan dadah.

Dalam sesetengah keadaan erectile dysfunction merupakan tanda-tanda adanya masalah kesihatan.
Selalunya masalah fizikal dan bukan-fizikal dalam erectile dysfunction adalah berkaitan antara astu sama lain. Contohnya, masalah fizikal kecil yang mengurangkan tindakbalas seksual mungkin mengakibatkan kerisauan pada lelaki. Kerisauan ini mengakibatkan masalah erectile dysfunction bertambah.

Erectile Dysfunction - Penyebab Part 3

Penyebab Bukan Fizikal
Perkara-perkara bukan-fizikal mungkin menyebabkan erectile dysfunction. Antaranya:

Masalah psikologi.
Percaya atau tidak, masalah psikologi adalah normal dalam menyebabkan erectile dysfunction. Contohnya, tekanan, kerisauan dan keletihan. Selain itu, erectile dysfunction juga adalah kesan sampinagan masalah psikologi seperti depression.

Perasaan Negatif.
Perasaan yang anda (lelaki) tunjukkan kepada pasangan anda atau yang disampaikan kepada pasangan seksual anda seperi, kebencian atau rasa kurang minat boleh menjadi faktor erectile dysfunction.

Wednesday, December 27, 2006

Erectile Dysfunction - Penyebab Part 2

Langkah-langkah untuk menghasilkan dan mengekalkan ketegangan penis:
Rangsangan.
Langkah pertama ialah rangsangan seksual, yang boleh didapati dari sentuhan, penglihatan, pendengaran, bau dan juga apa yang difikirkan pada ketika itu.

Respon Nervous System.
Otak menyampaikan rangsangan seksual ke nervous system badan lelaki, yang kemudiannya akan meningkatkan aliran darah ke penis.

Respon Pembuluh Darah. Pembuluh darah berada dalam keadaan relaks, oleh itu membenarkan lebih banyak darah mengalir kedalam penis. Ini menyebabkan penis menegang.

Sekiranya sesuatu berlaku yang mengganggu faktor-faktor di atas, atau mengganggu keseimbangan diantara faktor-faktor tersebut, boleh menyebabkan erectile dysfunction.

Sekarang ni, jom tengok pula, apa yang boleh menjadi penyebab erectile dysfunction.

Monday, December 25, 2006

Erectile Dysfunction - Penyebab Part 1

Penyebab erectile dysfunction

Sebelum kita membicangkan mengenai penyebab erectile dysfunction, mari kita kenali keadaan fizikal penis itu sendiri.
Penis mempunyai dua struktur berbentuk silinder dan menyerupai span yang melalui keseluruhan penis. Struktur ini selari dengan tiub yang membawa semen dan urin (urethra). Apabila lelaki berada dalam keadaan teruja, deria rasa menyebabkan aliran darah kedalam kedua-dua silinder ini meningkat sebanyak 7 kali ganda dari normal. Aliran darah yang mengejut ini menyebabkan struktur seperti span ini mengembang dan menghasilkan penis yang tegang dengan meluruskan dan mengeraskan penis. Kadar aliran darah yang tinggi ini dapat dikekalkan dengan rangsangan yang berterusan keatas penis, dengan kata lain ketegangan penis dikekalkan. Selepas penis melakukan pancutan, ataupun rangsangan ke atas penis terhenti, aliran darah yang berlebihan keluar dari struktur silinder tersebut, dan penis kembali ke bentuk asal ketika ia tidak menegang.

Erectile Dysfunction - Symptom

Antara petanda-petanda lelaki tersebut mungkin megalami erectile dysfunction adalah:

1. Tidak boleh mencapai ketegangan penis yang kerap
2. Tidak boleh mengekalkan tahap ketegangan penis semasa melakukan hubungan seks.
3. Langsung tidak boleh menegangkan penis.

Saturday, December 23, 2006

Erectile Dysfunction - Intro

Erectile Dysfunction (ED) memberi kesan kepada kebanyakan lelaki pertengahan umur dan pasangan mereka. Istilah Erectile Dysfunction selalunya digunakan untuk ketidakbolehan penis untuk mencapai ketegangan yang cukup untuk aktiviti seksual yang memuaskan. Oops, ngeri kan...

Walaupun ED yang sebelum ini lebih dikenali sebagai impotensi, lebih banyak dialami oleh lelaki berumur 65 tahun ke atas, sekarang ini, ia boleh terjadi pada semua peringkat umur. Walau bagaimanapun erectile dysfunction yang terjadi untuk jaga masa singkat adalah normal, dan dialami oleh kebanyakan lelaki.

Adalah normal juga untuk mengalami perubahan dalan fungsi erectile semakin umur lelaki meningkat. jadi, para lelaki sekalian, semakin umur meningkat, semakin penting untuk anda menjaga kesihatan diri, that's it, if your performance is important to you :)

Antara perubahan yang dialami semasa umur semakin meningkat ialah :
1. Penis mengambil masa lebih masa untuk tegang
2. Penis tidak setegang seperti semasa muda
3. Penis mungkin memerlukan lebih rangsangan terus untuk menegang
4. Semakin umur meningkat, lelaki mungkin mengalami orgasme yg tidak sekuat dulu
5. Juga jumlah pancutan berkurangan semasa orgamse.
6. Mengambil masa yg lebih lama untuk kembali menegang setelah mengalami orgasme.

Walau bagaimanapun, sekiranya erectile dysfunction terjadi lebih kerap dan menunjukkan sebarang paten, ia bukan sahaja boleh menganggu imej diri lelaki tersebut, malah menganggu kehidupan seksual lelaki tersebut dan pasangannya.
Dalam sesetengah keadaan erectile dysfunction adalah tanda-tanda lelaki tersebut mengalami masalah fizikal atau emosional yang memerlukan rawatan.

Pada satu ketika, erectile dysfunction merupakan satu topik sensitif yang tidak dibincangkan, tetapi lebih ramai lelaki yang mencari bantuan perubatan. Doktor juga lebih memahami masalah-masalah yang menyebabkan erectile dysfunction dan mencari cara baru untuk merewat masalah ini.

Read on guys, more to come on this topic...


Lelaki dan kesihatan

Selalunya, bila memperkatakan tentang kesihatan, kita lebih cenderung ke arah kesihatan wanita. So, kami ambil kesempatan ni, untuk lebih fokus kepada lelaki... Para lelaki, kesihatan anda juga penting. Sayangilah diri anda.